Kenali Ganja

420 merupakan simbol bagi 20 April & 4:20 PM. Simbol bagi budaya ganja rekreasi.
Mutakhir ini, pengguna ganja rekreasi mula berselindung disebalik ganja perubatan bagi menghalalkan aktiviti berseronok mereka.

Kenali ganja

Download ebook "Ganja Tanpa Hembos"

Image result for download pdf



Hukum Ganja Rekreasi Menurut Ustaz Azhar Idrus

.
.
.
.

ANALISIS TV AL-HIJRAH : "HALAL" KAN GANJA DEMI PERUBATAN ?


.
.
.

Budaya Berseronok Dengan Ganja

Tidak hanya yang menghisapnya menerima kesan. Second smoker pun merasa high akibat hembusan asap ganja orang lain.

Inikah budaya yang mahu dibawa dalam negara kita?

-
-

Ganja antara Manfaat dan Sikap

Pengguna ganja rekreasi seringkali menyebutkan manfaat ganja bagi menghalalkan keseronokan (tenang menurut mereka). Alasan lain bg menidakkan haramnya aktiviti mereka dgn menyatakan selagi tak khayal, selagi tak mudharat maka ianya tidak haram.

Walhal, di dalam Al-Quran disebutkan juga terdapat manfaat pada arak dan judi tetapi dosanya lebih besar.

Arak, walaupun diambil sedikit dgn sengaja dan tidak memabukkan, ianya tetap haram.

Dalam tafsir Ibnu Katsir pada tafsir surah Al Baqarah ayat 219 menyebutkan

أما إثمهما فهو في الدين
Adapun dosa kedua perbuatan tersebut pada hukum agama.
وأما المنافع فدنيوية
Manfaat pula pada duniawi
من حيث إن فيها نفع البدن
Darinya ada manfaat pada tubuh badan seseorang
وتهضيم الطعام وإخراج الفضلات
Memudahkan penghadaman makanan dan proses penyingkirannya
وتشحيذ بعض الأذهان
Menajamkan fikiran
ولذة الشدة المطربة
Memberikan keseronokan
وكذا بيعها والانتفاع بثمنها
Begitu juga dengan jual beli dapat dimanfaatkan hasilnya
وما كان يقمشه بعضهم من الميسر فينفقه على نفسه أو عياله
Sedangkan manfaat judi, kemenangan sebahagian penjudi, dapat dimanfaatkan hasil kemenangan pada diri dan keluarga.

Ulama fiqh sepakat akan hukum haram ganja. Saya bersetuju dengan penjelasan Ustaz Azhar Idrus pada video.

Sesuatu yang haram bila digunakan untuk perubatan, Sheikh Yusuf Qardhawi mensyaratkan :
1. Mengancam nyawa
2. Tiada pilihan ubat lain yang halal
3. Dengan preskripsi doktor muslim yang arif dan bertakwa

Pada zaman sekarang, perkembangan ilmu dan teknologi membolehkan kandungan2 pada tumbuhan berkaitan ganja dikenalpasti mana yang mengkhayalkan, mana yang menyebabkan ketagihan, mana yang bermanfaat pada perubatan.

Namun begitu usah terpedaya dengan manipulasi pengguna ganja rekreasi mengatakan mereka mengamalkan cannabidiol/CBD yang tidak menyebabkan "high". Pada hakikatnya, mereka seorang ahli "asurr" apatah lagi sampai ahli juruterbang ke bulan dengan "kapal selam" (kiasan bagi rekreasi hisap ganja yang sudah semestinya dengan ganja yang memiliki kandungan THC yang tinggi bagi mendapatkan efek euforia).

KKM menurut apa yang saya faham, berhati-hati dalam meluluskan sesuatu ubat untuk umum. Beberapa kajian perubatan CBD ada side efek sama seperti ubat-ubat lain. Dan kajian ini masih berjalan. Begitu juga kajian untuk mengenalpasti manfaatnya.

Pada hemat saya, jika mahu mengkaji dan memanfaatkan untuk perubatan. Berilah masyarakat faham dulu. Tidak usah terikut negara lain yang turut melegalkan ganja rekreasi yang hukumnya haram dalam islam. Acuan hendaklah disesuaikan dengan majoriti masyarakat muslim.

Ayuh kita beri edukasi pada masyarakat.

20/4 2019.

الفقير الحقير اكرم صالحين

Kenali pengguna ganja rekreasi dengan download ebook di atas.